GAMBAR

Friday, 5 December 2014

NOTA

TAJUK : PEMBENTUKKAN NEGARA ISLAM DI MADINAH

SIRAH (TAHUN 5)

LATAR BELAKANG MADINAH
Sebaik sahaja Rasullullah s.a.w berhijrah ke Syathrib, nama Syathrib ditukar kepada Madinah al-munawarah yang bererti “kota yang bercahaya”. Kota Madinah terletak di semenanjung tanah arab iaitu diutara Makkah al-mukaramah.
Penduduk Madinah terbahagi kepada 2 golongan iaitu arab dan yahudi. Orang-orang arab terdiri daripada kabilah aus dan khazraj. Orang-orang yahudi pula terdiri daripada puak khinko’, khorizah dan nadhir.
Madinah ialah Negara Islam pertama yang ditubuhkan selepas hijrah Rasullullah s.a.w. Baginda membentuk Negara Madinah menjadi sebuah Negara berdaulat melalui beberapa faktor.



1)   PEMBINAAN MASJID
              Masjid merupakan syiar umat islam. Dalam peristiwa hijrah ke Madinah, perkara pertama yang dilakukan oleh Rasullullah S.a.w ialah membina masjid. Masjid khuba’ merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam. Masjid ini dibina daripada susunan pelepah tamar.
              Di masjid ini terdapat ruang untuk dijadikan tempat tinggal bagi kaum muhajirin yang belum berumahtangga. Masjid ini dikenali dengan nama masjid nabawi, yang kini dibina semula dengan bentuk yang sangat indah diatas tapak yang sama.
              Pada zaman Rasullullah saw, masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadat malahan menjadi pusat pentadbiran, tempat bermesyuarat, tempat pengembangan syariah islam dan juga tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Selain itu, ia juga menjadi tempat mengadakan keramaian, pusat kemudahan untuk tetamu dari dalam dan luar Negara dan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat.

2)   PEMANTAPAN AKIDAH
              Sebelum kedatangan Rasullullah saw ke madinah, penduduk madinah menyembah berhala. Rasullullah saw menyeru mereka untuk menyembah Allah dan meninggalkan kepercayaan nenek moyang mereka. Madinah merupakan tempat yang paling sesuai untuk menyebarkan agama islam. Diperingkat awal dakwah Rasullullah saw, baginda menekankan akidah atau kepercayaan yang bersesuaian dengan fitrah kehidupan manusia.
              Setelah akidah mereka kepada Allah kuat dan mantap, seterusnya Rasullullah saw menyeru supaya beriman kepada malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab, beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar.
3)   IBADAT
          Sebelum kedatangan agama islam, manusia menyembah batu, matahari, pokok dan berhala. Mereka meletakkan berhala disekeliling kaabah untuk disembah. Ibadat solat diwajibkan keatas umat islam pada tahun kesepuluh kenabian. Ianya berasaskan kepada peristiwa israj dan mikraj.
          Rasullullah saw membina masjid pada tahun pertama hijrah. Kemudian, di syariatkan azan untuk mengingatkan orang islam tentang masuknya waktu solat fardhu. Setelah menanamkan akidah yang teguh dan di fardhukan solat lima waktu, barulah difardhukan ibadat-ibadat yang lain. Ibadat puasa dan zakat di fardhukan pada tahun kedua hijrah. Manakala ibadat haji pada tahun kelima hijrah.

4)   AKHLAK
              Sebelum hijrah Rasullullah saw ke madinah, masyarakat arab hidup dengan akhlak yang keji dan tidak bermoral. Mereka hidup dalam keadaan berpuak-puak sehingga taksub dengan kabilah atau puaknya. Kabilah yang kuat akan berkuasa dan menindas kabilah yang lemah.
              Apabila Islam sampai, Rasullullah saw menyampaikan ajaran islam dengan akhlak mulia dan menjadi kudwatul hasanah (contoh yang terbaik). Antara contohnya ialah Rasullullah saw bersifat ikhlas, berkasih sayang, adil, belas kasihan dan sifat terpuji yang lain. Akhirnya, sifat yang keji seperti menindas, zalim, tidak menghormati kaum wanita dapat dihapuskan sedikit demi sedikit.

5)   PENDIDIKAN

     Di Madinah Rasullullah saw melaksanakan dasar pendidikan untuk semua penduduk. Rasullullah saw mengasaskan pendidikan dengan lebih sempurna kepada masyarakat islam.
      Pengajaran dan pembelajaran bagi orang dewasa meliputi tilawah al-quran, menghafaz al-quran, hokum-hukum yang terkandung dalam al-quran dan masalah semasa.       Di kalangan remaja pula, mereka mempelajari pembacaan dan penghafazan al-quran, bahasa arab, bahasa ibrani, ilmu perniagaan dan ilmu hisab. Bagi kanak-kanak pula, mereka mempelajari pembacaan dan penghafazan al-quran, bahasa arab dan ilmu hisab.
     Perkembangan ajaran islam telah meluas keseluruh semenanjung tanah arabuntuk memenuhi keperluan pendidikan rakyat. Rasullullah saw telah melantik beberapa orang guru untuk mengajar didalam dan diluar negeri. Para sahabat yang dilantik menjadi guru ialah seperti Abu Bakar As-Siddiq, uthman bin affan dan para tawanan perang yang mahir dalam bidang masing-masing.
     Golongan wanita juga berpeluang untuk mempelajari hal-hal agama terus daripada Rasullullah saw ataupun melalui ummul mukminin. Sistem pendidikan pada zaman Rasullullah saw merupakan pendidikan yang paling sempurna. Ianya menjadi contoh dan ikutan sehingga ke akhir zaman. Ianya juga dapat melahirkan insan yang bertakwa, seimbang dan harmoni.

6)   EKONOMI
              Di zaman jahiliah, keadaan ekonomi dan kewangan dikota Madinah dikuasai oleh orang-orang yahudi. Mereka mendapat kesempatan yang luas dan pengaruhnya sangat mencengkam penduduk madinah yang kebanyakkannya menjadi buruh kepada perusahaan yahudi.
              Dikalangan sahabat Rasullullah saw, terdapat ramai yang mempunyai kepakaran dalam berniaga seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakar As-siddiq dan Uthman bin affan. Sewaktu golongan muhajirin tiba di Madinah, mereka mendapati pengaruh Yahudi sangat kuat dalam ekonomi Negara. Kaum yahudi berurus niaga dengan mengamalkan penipuan dan riba’ dalam peminjaman.
              Madinah merupakan kawasan pertanian yang subur. Rasullullah saw menggalakkan orang islam mengusaha tanah-tanah mereka. Selain itu, madinah juga merupakan kawasan perdagangan penting yang terletak di antara makkah dan Syam. Setelah kedatangan islam, orang-orang islam menunjukkan cara jual beli yang halal tanpa penipuan dan riba’. Rasullullah saw telah mewujudkan sebuah pasar untuk orang islam berniaga. Kedudukan ekonomi di madinah menjadi semakin kukuh. Masyarakatnya pula hidup dalam keadaan stabil, aman dan makmur.

7)   HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN
          Nabi Muhammad Saw di iktiraf sebagai ketua Negara islam di madinah. Baginda juga menjadikan madinah di iktiraf sebagai sebuah Negara islam yang terdaulat. Setelah tujuh  tahun nabi Muhammad saw memimpin madinah, kekuatan tentera islam sudah berkali-kali diuji keteguhannya di medan pertempuran dan mereka berhasil mencapai kemenangan dengan gemilang.
          Perjanjian hudaibiyyah telah dimeterai sebagai pengakuan quraish keatas Negara islam madinah. Kekuatan islam yang berpusat di madinah itu sudah mendapat perhatian dari luar tanah arab. Nabi Muhammad saw telah menghantar wakil kerajaan kepada raja-raja dan pemerintahan disekitar madinah. Hubungan diplomatik ini bertujuan  mengajak mereka untuk agama islam. Wakil-wakil kerajaan yang dihantar kepada Negara bukan islam ialah :

Wakil kerajaan islam madinah
Kerajaan bukan islam
Nama raja
Jawapan / tindak balas
Amru bin umayyah dhamri
habshah
najasi
Menerima dan memeluk islam
Dhihyah bin khalifah al kalbi
rom
hirqil
Menolak dengan baik
Hatib bin abi baltaah
Mesir
makuqas
Menolak dengan baik
Abdullah bin huzaifah
Parsi
qasri
Menolak dengan kasar
Shuja’ bin wahab
Damsyik
Al Haris bin abi syamru al rhasani
Menolak dengan kasar
Sulaiz bin amru al amiri
Yamamah
Hauzah bin Ali
Tidak member jawapan
Amru bin ans
Aman
Jaifar bin al julandi
Menerima dan memeluk islam
             
          Surat Rasullullah saw dijawab oleh ketua Negara asing dengan pelbagai jawapan. Ada yang menerima dan terus memeluk islam, ada yang menolak dengan cara baik dan ada juga yang menolak dengan kasar. Walaubagaimanapun, Rasaullullah saw telah menggunakan kebijaksanaan dasar luarnya untuk mengembangkan ajaran islam keseluruh pelusuk dunia.



6 comments:

  1. bgus blog ni .. mintak ustazah update yg terkini

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih kerana tengok blog saya.. akn saya update lagi tentang sejarah perkembangan islam di zaman Rasullullah saw.

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. pengisian yang baik dalam pelajaran sirah annabawiyah, teruskan usaha ustazah

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum...seronoknya baca tentang Sirah Nabi kita..semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..:)))))))

    ReplyDelete
  4. bagus...memang memberi manfaat

    ReplyDelete