TAJUK : PEMBENTUKKAN
NEGARA ISLAM DI MADINAH
SIRAH (TAHUN
5)
LATAR
BELAKANG MADINAH
Sebaik sahaja Rasullullah s.a.w
berhijrah ke Syathrib, nama Syathrib ditukar kepada Madinah al-munawarah yang
bererti “kota yang bercahaya”. Kota Madinah terletak di semenanjung tanah arab
iaitu diutara Makkah al-mukaramah.
Penduduk Madinah terbahagi kepada 2
golongan iaitu arab dan yahudi. Orang-orang arab terdiri daripada kabilah aus
dan khazraj. Orang-orang yahudi pula terdiri daripada puak khinko’, khorizah
dan nadhir.
Madinah ialah Negara Islam pertama
yang ditubuhkan selepas hijrah Rasullullah s.a.w. Baginda membentuk Negara
Madinah menjadi sebuah Negara berdaulat melalui beberapa faktor.
1)
PEMBINAAN
MASJID
Masjid
merupakan syiar umat islam. Dalam peristiwa hijrah ke Madinah, perkara pertama
yang dilakukan oleh Rasullullah S.a.w ialah membina masjid. Masjid khuba’
merupakan masjid pertama yang dibina dalam sejarah islam. Masjid ini dibina
daripada susunan pelepah tamar.
Di
masjid ini terdapat ruang untuk dijadikan tempat tinggal bagi kaum muhajirin
yang belum berumahtangga. Masjid ini dikenali dengan nama masjid nabawi, yang
kini dibina semula dengan bentuk yang sangat indah diatas tapak yang sama.
Pada
zaman Rasullullah saw, masjid bukan sahaja menjadi tempat beribadat malahan
menjadi pusat pentadbiran, tempat bermesyuarat, tempat pengembangan syariah
islam dan juga tempat penyebaran ilmu pengetahuan. Selain itu, ia juga menjadi
tempat mengadakan keramaian, pusat kemudahan untuk tetamu dari dalam dan luar
Negara dan aktiviti-aktiviti lain yang bermanfaat.
2) PEMANTAPAN AKIDAH
Sebelum
kedatangan Rasullullah saw ke madinah, penduduk madinah menyembah berhala.
Rasullullah saw menyeru mereka untuk menyembah Allah dan meninggalkan
kepercayaan nenek moyang mereka. Madinah merupakan tempat yang paling sesuai
untuk menyebarkan agama islam. Diperingkat awal dakwah Rasullullah saw, baginda
menekankan akidah atau kepercayaan yang bersesuaian dengan fitrah kehidupan
manusia.
Setelah
akidah mereka kepada Allah kuat dan mantap, seterusnya Rasullullah saw menyeru
supaya beriman kepada malaikat, beriman kepada rasul, beriman kepada kitab,
beriman kepada hari kiamat dan beriman kepada qada’ dan qadar.
3) IBADAT
Sebelum
kedatangan agama islam, manusia menyembah batu, matahari, pokok dan berhala.
Mereka meletakkan berhala disekeliling kaabah untuk disembah. Ibadat solat
diwajibkan keatas umat islam pada tahun kesepuluh kenabian. Ianya berasaskan
kepada peristiwa israj dan mikraj.
Rasullullah
saw membina masjid pada tahun pertama hijrah. Kemudian, di syariatkan azan
untuk mengingatkan orang islam tentang masuknya waktu solat fardhu. Setelah
menanamkan akidah yang teguh dan di fardhukan solat lima waktu, barulah
difardhukan ibadat-ibadat yang lain. Ibadat puasa dan zakat di fardhukan pada
tahun kedua hijrah. Manakala ibadat haji pada tahun kelima hijrah.
4) AKHLAK
Sebelum
hijrah Rasullullah saw ke madinah, masyarakat arab hidup dengan akhlak yang
keji dan tidak bermoral. Mereka hidup dalam keadaan berpuak-puak sehingga
taksub dengan kabilah atau puaknya. Kabilah yang kuat akan berkuasa dan
menindas kabilah yang lemah.
Apabila
Islam sampai, Rasullullah saw menyampaikan ajaran islam dengan akhlak mulia dan
menjadi kudwatul hasanah (contoh yang terbaik). Antara contohnya ialah
Rasullullah saw bersifat ikhlas, berkasih sayang, adil, belas kasihan dan sifat
terpuji yang lain. Akhirnya, sifat yang keji seperti menindas, zalim, tidak
menghormati kaum wanita dapat dihapuskan sedikit demi sedikit.
5) PENDIDIKAN
Di
Madinah Rasullullah saw melaksanakan dasar pendidikan untuk semua penduduk.
Rasullullah saw mengasaskan pendidikan dengan lebih sempurna kepada masyarakat
islam.
Pengajaran dan pembelajaran bagi orang dewasa
meliputi tilawah al-quran, menghafaz al-quran, hokum-hukum yang terkandung
dalam al-quran dan masalah semasa. Di
kalangan remaja pula, mereka mempelajari pembacaan dan penghafazan al-quran,
bahasa arab, bahasa ibrani, ilmu perniagaan dan ilmu hisab. Bagi kanak-kanak
pula, mereka mempelajari pembacaan dan penghafazan al-quran, bahasa arab dan
ilmu hisab.
Perkembangan
ajaran islam telah meluas keseluruh semenanjung tanah arabuntuk memenuhi
keperluan pendidikan rakyat. Rasullullah saw telah melantik beberapa orang guru
untuk mengajar didalam dan diluar negeri. Para sahabat yang dilantik menjadi
guru ialah seperti Abu Bakar As-Siddiq, uthman bin affan dan para tawanan
perang yang mahir dalam bidang masing-masing.
Golongan
wanita juga berpeluang untuk mempelajari hal-hal agama terus daripada
Rasullullah saw ataupun melalui ummul mukminin. Sistem pendidikan pada zaman
Rasullullah saw merupakan pendidikan yang paling sempurna. Ianya menjadi contoh
dan ikutan sehingga ke akhir zaman. Ianya juga dapat melahirkan insan yang
bertakwa, seimbang dan harmoni.
Di
zaman jahiliah, keadaan ekonomi dan kewangan dikota Madinah dikuasai oleh
orang-orang yahudi. Mereka mendapat kesempatan yang luas dan pengaruhnya sangat
mencengkam penduduk madinah yang kebanyakkannya menjadi buruh kepada perusahaan
yahudi.
Dikalangan
sahabat Rasullullah saw, terdapat ramai yang mempunyai kepakaran dalam berniaga
seperti Abdul Rahman bin Auf, Abu Bakar As-siddiq dan Uthman bin affan. Sewaktu
golongan muhajirin tiba di Madinah, mereka mendapati pengaruh Yahudi sangat
kuat dalam ekonomi Negara. Kaum yahudi berurus niaga dengan mengamalkan
penipuan dan riba’ dalam peminjaman.
Madinah
merupakan kawasan pertanian yang subur. Rasullullah saw menggalakkan orang
islam mengusaha tanah-tanah mereka. Selain itu, madinah juga merupakan kawasan
perdagangan penting yang terletak di antara makkah dan Syam. Setelah kedatangan
islam, orang-orang islam menunjukkan cara jual beli yang halal tanpa penipuan
dan riba’. Rasullullah saw telah mewujudkan sebuah pasar untuk orang islam
berniaga. Kedudukan ekonomi di madinah menjadi semakin kukuh. Masyarakatnya
pula hidup dalam keadaan stabil, aman dan makmur.
7) HUBUNGAN DENGAN NEGARA LAIN
Nabi
Muhammad Saw di iktiraf sebagai ketua Negara islam di madinah. Baginda juga
menjadikan madinah di iktiraf sebagai sebuah Negara islam yang terdaulat.
Setelah tujuh tahun nabi Muhammad saw
memimpin madinah, kekuatan tentera islam sudah berkali-kali diuji keteguhannya
di medan pertempuran dan mereka berhasil mencapai kemenangan dengan gemilang.
Perjanjian
hudaibiyyah telah dimeterai sebagai pengakuan quraish keatas Negara islam
madinah. Kekuatan islam yang berpusat di madinah itu sudah mendapat perhatian
dari luar tanah arab. Nabi Muhammad saw telah menghantar wakil kerajaan kepada
raja-raja dan pemerintahan disekitar madinah. Hubungan diplomatik ini bertujuan
mengajak mereka untuk agama islam.
Wakil-wakil kerajaan yang dihantar kepada Negara bukan islam ialah :
Wakil kerajaan islam madinah
|
Kerajaan bukan islam
|
Nama raja
|
Jawapan / tindak balas
|
Amru
bin umayyah dhamri
|
habshah
|
najasi
|
Menerima
dan memeluk islam
|
Dhihyah
bin khalifah al kalbi
|
rom
|
hirqil
|
Menolak
dengan baik
|
Hatib
bin abi baltaah
|
Mesir
|
makuqas
|
Menolak
dengan baik
|
Abdullah
bin huzaifah
|
Parsi
|
qasri
|
Menolak
dengan kasar
|
Shuja’
bin wahab
|
Damsyik
|
Al
Haris bin abi syamru al rhasani
|
Menolak
dengan kasar
|
Sulaiz
bin amru al amiri
|
Yamamah
|
Hauzah
bin Ali
|
Tidak
member jawapan
|
Amru
bin ans
|
Aman
|
Jaifar
bin al julandi
|
Menerima
dan memeluk islam
|
Surat
Rasullullah saw dijawab oleh ketua Negara asing dengan pelbagai jawapan. Ada
yang menerima dan terus memeluk islam, ada yang menolak dengan cara baik dan ada
juga yang menolak dengan kasar. Walaubagaimanapun, Rasaullullah saw telah
menggunakan kebijaksanaan dasar luarnya untuk mengembangkan ajaran islam
keseluruh pelusuk dunia.
bgus blog ni .. mintak ustazah update yg terkini
ReplyDeleteterima kasih kerana tengok blog saya.. akn saya update lagi tentang sejarah perkembangan islam di zaman Rasullullah saw.
DeleteThis comment has been removed by the author.
Deletepengisian yang baik dalam pelajaran sirah annabawiyah, teruskan usaha ustazah
ReplyDeleteAssalamualaikum...seronoknya baca tentang Sirah Nabi kita..semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua..:)))))))
ReplyDeletebagus...memang memberi manfaat
ReplyDelete